

Sebelum kita bincang dokumen apa yang perlu akusumpah di depan pesuruhjaya sumpah, kita mesti memahami apa itu Pesuruhjaya Sumpah. Pesuruhjaya Sumpah ialah pegawai yang dilantik oleh Ketua Hakim Negara Malaysia di bawah Seksyen 11, Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 dalam mengesahkan kesahihan dokumen dan identiti deponen yang membuat pengakuan terhadap dokumen tersebut. .
Oleh itu, Pesuruhjaya Sumpah mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mengesahkan dokumen, dan jika pembuat dokumen tersebut membuat kenyataan menipu atau palsu pada afidavit atau dokumen, dia perlu memikul tanggungjawab undang-undang tertentu pada masa hadapan.
Setelah memahami kuasa Pesuruhjaya Sumpah, mari kita lihat apakah dokumen Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) yang boleh disumpah oleh pesuruhjaya sumpah?
Berikut adalah senarai SEBAHAGIAN borang permohonan Jabatan Pendaftaran Negara yang boleh disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah:-
- Borang permohonan, pembetulan fakta dalam daftar kelahiran /kematian
- Borang akuan berkanun Surat keizinan pengangkatan anak angkat
- Borang akuan berkanun ibu bapa angkat
- Borang akuan berkanun permohonan PENDAFTARAN lewat kelahiran
- Borang permohonan, pemberitahuan perkahwinan bukan islam.
- Borang permohonan pendaftaran semula kelahiran dan akuan sumpah
- Permohonan lesen untuk mengupacarakan perkahwinan di suatu tempat lain daripada pejabat pendaftar
- Borang akuan pengesahan bapa, penjaga kepada kanak- kanak
- Borang akuan perkahwinan dan pernah bercerai sebelumnya
- Borang akuan berkanun permohonan menukar nama atau menambah nama Dan sebagainya
- Borang akuan berkanun perakuan bujang atau tidak pernah berkahwin
- Borang akuan berkanun perkahwinan, telah berkahwin dan masih kekal sekarang
- Borang akuan berkanun untuk mendaftar perkahwinan dengan warganegara asing
- Borang akuan berkanun tidak pernah berkahwin tetapi bersekedudukan hingga dapat anak
- Borang akuan berkanun berkahwin tetapi telah bercerai bukan Islam dan akan berkahwin lagi dengan warga asing
- Borang akuan berkanun daftar perkahwinan dengan warga asing
- Akuan berkanun masih bujang
- Borang akuan Pembantu Rumah asing Islam warganegara asing
- Borang akuan berkanun membuat pindaan nama anak angkat
- Borang akuan berkanun melepaskan taraf penduduk tetap dan terus pulang ke negara asal, menyerah kad pengenalan
Jadi jika anda memerlukan perkhidmatan sedemikian, anda boleh merujuk kepada Pesuruhjaya Sumpah berdekatan.
Sekian terima kasih.


