Apakah borang permohonan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang memerlukan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah dalam mengangkat sumpah?

Sebelum kita bincang dokumen apa yang perlu akusumpah di depan pesuruhjaya sumpah, kita mesti memahami apa itu Pesuruhjaya Sumpah. Pesuruhjaya Sumpah ialah pegawai yang dilantik oleh Ketua Hakim Negara Malaysia di bawah Seksyen 11, Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 dalam mengesahkan kesahihan dokumen dan identiti deponen yang membuat pengakuan terhadap dokumen tersebut. .

Oleh itu, Pesuruhjaya Sumpah mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mengesahkan dokumen, dan jika pembuat dokumen tersebut membuat kenyataan menipu atau palsu pada afidavit atau dokumen, dia perlu memikul tanggungjawab undang-undang tertentu pada masa hadapan.

Setelah memahami kuasa Pesuruhjaya Sumpah, mari kita lihat apakah dokumen Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) yang boleh disumpah oleh pesuruhjaya sumpah?

Berikut adalah senarai SEBAHAGIAN borang permohonan Jabatan Pendaftaran Negara yang boleh disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah:-

  1. Borang permohonan, pembetulan fakta dalam daftar kelahiran /kematian
  2. Borang akuan berkanun Surat keizinan pengangkatan anak angkat
  3. Borang akuan berkanun ibu bapa angkat
  4. Borang akuan berkanun permohonan PENDAFTARAN lewat kelahiran
  5. Borang permohonan, pemberitahuan perkahwinan bukan islam.
  6. Borang permohonan pendaftaran semula kelahiran dan akuan sumpah
  7. Permohonan lesen untuk mengupacarakan perkahwinan di suatu tempat lain daripada pejabat pendaftar
  8. Borang akuan pengesahan bapa, penjaga kepada kanak- kanak
  9. Borang akuan perkahwinan dan pernah bercerai sebelumnya
  10. Borang akuan berkanun permohonan menukar nama atau menambah nama Dan sebagainya
  11. Borang akuan berkanun perakuan bujang atau tidak pernah berkahwin
  12. Borang akuan berkanun perkahwinan, telah berkahwin dan masih kekal sekarang
  13. Borang akuan berkanun untuk mendaftar perkahwinan dengan warganegara asing
  14. Borang akuan berkanun tidak pernah berkahwin tetapi bersekedudukan hingga dapat anak
  15. Borang akuan berkanun berkahwin tetapi telah bercerai bukan Islam dan akan berkahwin lagi dengan warga asing
  16. Borang akuan berkanun daftar perkahwinan dengan warga asing
  17. Akuan berkanun masih bujang
  18. Borang akuan Pembantu Rumah asing Islam warganegara asing
  19. Borang akuan berkanun membuat pindaan nama anak angkat
  20. Borang akuan berkanun melepaskan taraf penduduk tetap dan terus pulang ke negara asal, menyerah kad pengenalan

Jadi jika anda memerlukan perkhidmatan sedemikian, anda boleh merujuk kepada Pesuruhjaya Sumpah berdekatan.

Sekian terima kasih.

error: Content is protected !!
Commissioner For Oaths is ready to help! Pusuruhjaya Sumpah sudah bersedia berkhidmat! 蒲种公主城宣誓官随时为您服务!
//
James Ng
Commissioner For Oaths | Pesuruhjaya Sumpah | 宣誓官
Chat With Us! 联系宣誓官